Sunday, June 28, 2009

Wasiat Terakhir




Mengimbau kembali lembaran sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Padang Arafah menjadi suatu medan yang terpalit suatu peristiwa yang amat menyentuh hati dan mengharukan bagi manusia yang mempunyai tunjang aqidah muslim. Di sinilah tempatnya Rasulullah SAW menyampaikan amanatnya buat terakhir kalinya. Sebuah khutbah terakhir yang penuh maksud dan sama sekali menyentuh hati para pencinta Kekasih Allah itu.


Rasulullah SAW bertolak dari Mina ke Arafah setelah naiknya mentari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda. Baginda masuk dan berada di dalamnya sehingga waktu Zohor. Kemudian, Rasulullah SAW mengarahkan al-Qaswah, yakni untanya untuk disiapkan. Lalu Rasulullah SAW menaikinya sehingga tiba di Wadi Uranah. Di hadapan Baginda SAW, ribuan sahabat mengelilingi Baginda SAW dengan perasaan yang penuh dengan debaran menanti apakah yang akan disampaikan oleh Baginda SAW.


Baginda SAW pun bangun berdiri dan menyampaikan khutbahnya yang penuh bersejarah itu.


"Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar, dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada sesiapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberi hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allah supaya bertaqwa kepada Allah dan menggesa kamu supaya mentaati-Nya."


Aku membuka khutbahku ini dengan muqaddimah yang baik. Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan kukatakan ini. Aku tidak tahu adakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.


1. Sesungguhnya darah kamu,harta benda kamu, dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini, dan Bandar ini (Makkah dan kawasan sekitarnya).


2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.


3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (yakni telah dihapuskan).


4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Ibnu Rabi’ah bin al-Haris yang telah disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.


5. Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.


6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas merea untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka lakukannya, maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan-pakai dengan baik.


7. Semua orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.


8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kamu suatu panduan. Jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya yakni al-Quran dan as-Sunnah.


9. Wahai manusia! Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuanmu (Kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.


10. Tuhan kamu adalah Maha Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa terhadap Allah. Tiada kelebihan bagi bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali dengan taqwa.


11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.


12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku. Maka apa yang kamu jawab? Mereke menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu”. Baginda SAW lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah”. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SAW dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umayyah bin Khalaf r.a.

Friday, April 17, 2009

Seharum Cempaka Buat Ayahanda

Pohon cempaka
Ditanam ditanah basah itu
Tanah pusara..ayahanda tercinta

Pohon cempaka
Tumbuh subur
Segar disiram kalimah suci
Tanda ingatan buat ayahanda

Pohon cempaka
Mula berbunga ..berkembang mekar
Harum semerbak mewangi
Lambang kasih cinta abadi

Seharum cempaka buat Ayahanda
Kasihmu tetap dihati
Akan ku siram pohon cempaka itu..setiap hari
Moga tetap subur dihati
Tenang bersemadi selamanya…

Thursday, April 16, 2009

Halaman Gersang Usang

Halaman kembara usang seorang insan..
Di lautan sayup jauh menghilang..
Mencari jalan terang gemilang..
Untuk bekal hari yang mendatang..

Halaman jemu ini ketemu mesra..
Senyap gulita didatangi pelita...
Muncul peneman hati yang lara..
Tika terusik dek gelombang dunia..

Halamanku ini masih belum indah..
Tiang pasak masih goyah..
Kadang condong kadang gagah.
Kunantikan masa ianya gah..

Halaman ini gersang kelabu..
Yang bertamu pasti terpaku..
Ku Tak mahu titisan itu jd tamu lamanku..
Tak undang datang bertalu..

Halamanku terus dijulang..
Suka dikenang,indah terpampang..
Indah rupa dalamnya lapang..
Kerna ku masih mencari terang..

Buatmu Teman

Syukur sungguh dihati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diridalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasi-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insane
Bernama teman.

Maafkan Aku Wahai… Teman

Jika aku menyakiti hatimu
Bukan niatku menyakitimu
Bukan niatku melukakanmu
Aku mohon maafkan ku.

Kata-Kata Mutiara

“ Ingatlah ,
sabar itu iman,
duit bukan kawan,
dunia hanya pinjaman,
dan
mati tak berteman.

Kamu menjadi sebutir mutiara.
Berada di dasar lautan.
Tersimpan rapi dilindungi kulit.
Bukan senag untuk melihat.
Apa lagi mendapatkannya.
Hanya orang yang bertuah.
Berusaha menyelami dasar lautan
dapat memperolehinya.
Harganya mahal sekali.
Dan ia akan tersimpan selamanya.

Bersendirian Tidak Bermakna Berseorangan………
Allah sentiasa bersama-samamu……


Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.
Taman yang paling akrab adalah AMAL.
Pengawal peribadi yang paling berwaspada DIAM.
Bahasa yang paling manis SENYUM.
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK…..

Memberi ucapan
salam perkenalan,
Moga persahabatan
sentiasa berkekalan.

Cinta kepada bunga akan layu,
Cinta kepada manusia akan berpisah,
Cinta kepada allah akan kekal abadi.

Kekuatan tidak dating dari fizikal,
tapi ianya dating dari semangat,
yang tidak pernah mengalah

Jangan tertarik kepada seseorang
kerana paranya sebab keelokkan
paras boleh menyesatkan.
Jangan pula tetarik kepada kekayaanya,
kerana kekayaannya boleh musnah.
Tertariklah kepada sesorang yang dapat membuatmu tersenyum
yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

Kita x bleh mencintai orang lain
sebelum mencintai diri sendiri.
Kita xbleh mencintai diri sendiri
Sebelum kita mencintai Allah.

Jiwa hampa
tanpa cinta
Hidup hampa
tanpa iman .

Kadangkala kita perlu menangis
Untuk menghargai saat bahagia dan
Kadang kala kita perlu bergembira
Bagi setitis air mata

Saling mencintailah hanya kerana Allah,
Saling menyayangilah hanya kerana Allah,
Saling membahagiakanlah hanya kerana Allah,
Kerana hanya Allah lah yang dapat menumbuhkan
Masa cinta,kasih sayang dan kebahagian tersebut.

Cintakan bunga,
bunga akan layu,
Cintakan manusia,
manusia akan mati,
Cintakan Allah,
kekal selamanya.

Tidaklah Allah menambahkan
kepada hamba-Nya
yang memberi pintu maaf
kecuali darjat kemuliaan