Tuesday, March 31, 2009

DOA-DOA MENUNTUT ILMU

  1. v DOA APABILA MULAI BELAJAR

    Ya Allah, bukakanlah keatas kami hikmat-Mu dan limpahilah keatas kami khanazah rahmat-Mu, wahai yang maha pemurah lagi maha penyayang.

    v DOA SEDANG BELAJAR

    Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku sebagaimana orang-orang yang arif. Kurniakanlah kepadaku kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan rahmat-Mu wahai tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang.

    v DOA MOHON TERBUKA HATI DAN FAHAM

    Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah fahamku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusan ku. Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, Wahai yang Maha Penyayang.

    v DOA MOHON TIDAK LUPA KEFAHAMAN

    Ya Allah, kurniakanlah kepada-Ku kefahaman para Nabi dan hafalan para Rasul dan ilham Para Malaikat yang hampir (dengan-Mu). Wahai yang Maha Pembuka dan Maha Tahu, bukalah hatiku seperti orang-orang yang arif, Ya Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang Engkau tahu tentang sesuatu berkenaan dengan diriku. Kembalilah ia kepadaku sesuai dengan hajatku kepadanya dan janganlah Engkau melupai sesuatu tentang diriku, wahai tuhan yang memiliki sekalian alam.

    v DOA MUDAH HAFAL ILMU

    Maka kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu, dan masing-masing (dari mereka berdua) kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak ), dan kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji kami bersama-sama dengan Nabi Daud, dan adalah kami berkuasa melakukan semuanya itu.

    ( Al-Quran, surah Al-Anbiyaa,79)

    Amal kan membaca ayat ini sebelum matahari terbit sebanyak sepuluh kali, selam tujuh pagi berturut-turut, diikuti doa berikut:






    Wahai Tuhan yang hidup,Wahai Tuhan yang berdiri dengan sendirinya, Wahai Tuhan Nabi Musa, Wahai Tuhan Nabi Harun, Wahai Tuhan Nabi Ibrahim, Wahai Tuhan Nabi Muhammad s.a.w., muliakan dan kurniakanlah aku nur kefahaman dan kurniakanlah aku ilmu dan hikmah dan akal yang sempurna dengan berkat nama-namamu, Wahai Tuhan yang mulia, Ya Allah, curahkan keselamatan dan kesejahteraan keatas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keatas keluarganya dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

    v DOA MOHON DIJAUHI ILMU TIDAK BERMANFAAT

    Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak puas-puas, dari doa yang tidak dikabulkan.

No comments:

Post a Comment